♥ FISYA SHAARI ♥
ABOUT ENTRY LINKS/TUTO TWITER FACEBOOK INSTAGRAM
Tips Kecantikkan : Mudah dan Jimat Dengan Uncang Teh
Saturday, November 16, 2013 • 12:22 PM • 0 What ?!



Tidak perlu wang yang banyak untuk kelihatan cergas dan cantik lagi sebaliknya anda hanya memerlukan uncang teh. Di sini, kami kongsi 3 tip kecantikan yang sangat senang dilakukan oleh anda dengan hanya menggunakan uncang teh. 

Spa wap teh
Bawa kemewahan spa ke rumah anda dengan spa wap teh buatan sendiri. Hanya didihkan beberapa cawan air dan tuangkannya ke dalam satu mangkuk yang besar. Kemudian, letakkan satu atau dua uncang teh. Anda disyorkan untuk menggunakan teh hijau kerana lebih berkesan untuk antioksidan dan baunya yang memenenangkan. Selubungkan kepala anda dengan tuala dan dedahkan muka anda pada mangkuk tersebut selama 5 hingga 10 minit. Proses ini akan membuka liang roma anda secara semula jadi dan menganjalkannya. 

Surutkan mata bengkak
Bancuh dua uncang teh, kemudian perah keluar sedikit air daripadanya dan biarkan sejuk selama beberapa saat. Selepas itu, anda perlu baring di atas permukaan yang rata dan letakkan uncang teh pada kedua-dua mata dan tekan secara perlahan-lahan. Biarkan uncang teh pada mata selama 15 hingga 20 minit. Hasilnya, mata anda akan kelihatan lebih bertenaga dan tidak bengkak! Ini kerana asid 'tannic' dalam teh membantu mengecut mana-mana bengkak atau keradangan di kawasan mata. 

Betulkan kuku yang patah
Satu uncang teh mampu menyelesaikan masalah kuku patah! Potong sebahagian kecil uncang teh anda dan keluarkan serbuk di dalamnyan. Kemudian, lekatkan potongan uncang teh yang kecil tadi pada kuku anda yang patah dan sapukan gam padanya. Proses ini biasanya mengambil masa antara 5 hingga 15 minit, jadi anda tidak perlu tergesa-gesa. Selepas kering, anda bolehlah gunakan pengilat atau pewarna kuku untuk mencantikkan kuku anda seperti biasa.


cube try :D



PASTFUTURE
A MESSAGE FROM OWNER OF THIS SHELL
ASSALAMUALAIKUM there! Oh, this is my personal blog. I type what I want. Just a random story.

Note;

"fight or fly?"

NAK JADI SIPOT JUGAK LETTEW !



TERBEBELAN

  • KISAH PENGASAS PANASONIC DAN TUKANG MASAK
  • KENAPA AYAH TIADA DALAM GAMBAR INI?
  • Letak Follower Widget Di Blogskin (updated)
  • Letak Iklan Nuffnang Pengguna Blogskin.
  • Sabah.
  • Herh!
  • Idk.
  • Another Year Older.
  • It's 6 September!
  • Perspective. Mulot Jahat!