♥ FISYA SHAARI ♥
ABOUT ENTRY LINKS/TUTO TWITER FACEBOOK INSTAGRAM
Bersedih.
Monday, September 2, 2013 • 9:23 PM • 0 What ?!

Hmm, i have been through my hard time.

Jam 5pagi, Jumaat 30 Ogos 2013 aku dah kehilangan tok (nenek/opah) aku. dia dah pergi tinggalkan dunia neh. hmm, at first aku macam tak sedih sangat. mungkin sebab terkejut lagi and still tak percaya. bila aku dah mandikan dia, tengok dia di kafankan, and di kebumikan masa tu aku baru sedar dia dah takda.

aku sedih sangat bila orang angkat dia, bawak dia naik van jenazah sampai tak leh nak kawal suara sedih aku dah. sebab aku tau once dia keluar dari rumah aku, dia takkan balik sini dah.

bila semua dah selesai. aku terasa kehilangan. rasa rumah agak kosong. selalu kalau pegi toilet ke basuh baju ke mesti aku singgah bilik dia. tengok tengokkan dia kat bilik dia yang belakang. now takde dah. abah aku pun cakap camtu gak. hmm...

sekarang, hari isnin. mak aku jadi macam agak sedih dan dia kerap dok marah kami. aku pun tak tau laa nak kata apa lagi. tara nak boleh adapt semua neh. aku pun teringat ingat jugak dia.

semalam abah aku hantar mecej kt sepupu aku. abah aku cakap mintak maaf laa kalau ada pape kekurangan sepanjang kami jaga tok dulu (and some more yg agak banyak nd aku tak hengat)

then HE replied, dia kata. dia rasa bersyukur ada org nak jaga tok. dia rasa silap tak dapat jaga tok (faktor kerja) sebab masa kecik2 tok yang jaga dia and adik beradik dulu. dia kata lagi, dia rasa dia tak dak mak and bapak sedara sebaik mak ngah and pak ngah dan dah anggap pakngah and makngah ni macam mak dan ayah. dia jugak cakap dia dah anggap kami adik beradik macam adik kandung dia sendiri dah. so bila ada apa2 masalah sakit demam ke dia pun kena tau camne dia tau sakit demam masa tok ada dulu.

aku agak sedih dengar abah baca mecej dia. aku menahan air mata supaya tak tumpah. sungguh! sedih sangat dia kata camtu. dia laa cucu tok yang paling baik and paling banyak bagi bantuan kewangan untuk kesihatan tok and ape sume.

*Al Fatihah. Damailah Tok kat sana :'(*

Yang bersedih,
cucu ke-11.




PASTFUTURE
A MESSAGE FROM OWNER OF THIS SHELL
ASSALAMUALAIKUM there! Oh, this is my personal blog. I type what I want. Just a random story.

Note;

"fight or fly?"

NAK JADI SIPOT JUGAK LETTEW !



TERBEBELAN

  • That Girl.
  • Selamat Happy Birthday :3
  • Eid Fitr
  • Ramadhan Yeahh!
  • Done with STPM sem 2!
  • Tips : Bilik Panas.
  • Miss.
  • Pleaseee, May?
  • dear. please.
  • Memaafkan. :)